
Kanak-Kanak Dua Tahun Maut Di Rumah Pengasuh
Seorang kanak-kanak berusia dua tahun dilaporkan maut di rumah pengasuhnya di Taman Cempaka, Ipoh.
Kanak-kanak perempuan itu disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di sebuah hospital.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, memaklumkan bahawa laporan kejadian diterima sekitar jam 7.20 malam daripada ayah mangsa pada Isnin lalu.
“Mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri selepas terjatuh dan dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk pemeriksaan lanjut.
“Pada Selasa sekitar jam 11.10 malam, pihak polis telah dimaklumkan oleh pegawai perubatan pediatrik bahawa mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Mengulas lanjut, beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah kecederaan kepala akibat trauma tumpul.
“Siasatan masih diteruskan dengan merakam keterangan percakapan saksi-saksi yang terlibat.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu kesalahan penganiayaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
The post Kanak-Kanak Dua Tahun Maut Di Rumah Pengasuh appeared first on Siakap Keli.



