Kanak-Kanak Enam Tahun Cedera Didera Bekas Teman Lelaki Ibu

15 Aug 2023 • 10:42 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kanak-Kanak Enam Tahun Cedera Didera Bekas Teman Lelaki Ibu

JOHOR BAHRU, 15 Ogos (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun cedera di bibir dan muka dipercayai didera bekas teman lelaki ibunya di sebuah rumah di kawasan Kampung Sinaran Baru, Kempas.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa yang berusia 25 tahun, mengenai kejadian itu kira-kira 10.39 pagi, semalam

Beliau berkata susulan itu, polis menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 29 tahun di sini, kira-kira 11.05 malam tadi.

“Kanak-kanak itu yang cedera di bibir dan muka, telah dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah bagi rawatan lanjut. Permohonan reman akan dibuat pada pagi ini di Mahkamah Johor Bahru,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamarul Zaman berkata kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan didenda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber: BERNAMA