Kanak-kanak hilang di Teluk Senangin ditemukan meninggal dunia

30 Jul 2023 • 4:46 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

IPOH, 30 JULAI: Kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang di kawasan Pantai Teluk Senangin, Lumut semalam, ditemukan meninggal dunia.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa ditemui nelayan pada 8.20 pagi tadi.

“Mangsa ditemui kira-kira dua batu nautika berhampiran Tanjung Hantu dari lokasi dipercayai hilang.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tamat pada jam 9 pagi, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada 3.19 petang semalam selepas ahli keluarga mangsa membuat laporan polis apabila menyedari kehilangannya kira-kira 1 tengah hari.

Operasi SAR dimulakan sejurus selepas itu dan ditangguhkan pada 6.30 petang, namun katanya pencarian dimulakan semula malam tadi susulan maklumat baharu diterima pihaknya.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved