
Tuaran: Kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang ketika mandi bersama keluarga di sungai Kampung Serusop di sini, ditemukan lemas.
Mayat warga tempatan dikenali Syaza Wardiah Muesa, 12, ditemukan pada jam 11.47 pagi tadi oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang membantu dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, operasi SAR hari kedua yang dimulakan jam 6.23 pagi hari ini dengan kerjasama pelbagai agensi penyelamat menemui kedudukan mangsa.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more "Mayat mangsa ditemui di dasar sungai dengan kedalaman air kira-kira empat meter berhampiran lokasi kejadian".
"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dihubungi.
Menurut Qawie, mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis pada untuk tindakan lanjut," katanya menambah operasi ditamatkan pada jam 12.10 tengah hari.
Kira-kira jam 2.30 petang semalam, saksi kejadian awalnya menyedari tiga mangsa yang terlibat kejadian.
Saksi kejadian sempat menyelamatkan dua mangsa namun salah seorangnya dikhuatiri lemas sebelum menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan mangsa kemudiannya dijalankan dengan melibatkan pelbagai agensi dan orang awam.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
