Kanak-Kanak Hilang Nuraina Humaira Disyaki Dirogol Sebelum Dibun*h

LocalPolitics
18 Aug 2024 • 7:11 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini tular kes mayat kanak-kanak yang hilang telah ditemui di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak.

Sebelum ini, mayat telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut, namun selepas dibedah siasat polis tidak menolak kemungkinan bahawa Nuraina Humaira Rosli yang berusia 10 tahun, telah dirogol sebelum dibunuh.

Menerusi laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, selepas bedah siasat dijalankan terdapat kesan koyakkan pada kemaluannya.

Kes ini telah diklasifikasikan semula sebagai bunuh dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput di sini pada Ahad.

Tambahnya lagi, terdapat kecederaan pada bahagian leher mangsa akibat daripada tekanan.

Nuraina Humaira telah hilang pada hari Jumaat lalu, walau bagaimanapun mayatnya telah ditemui di kawasan berpaya sehari selepas dilaporkan hilang.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Sinar Harian


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved