Kanak-Kanak Jadikan Jalan Raya ‘Taman Permainan’, Polis Kota Kinabalu Bakal Buat Rondaan

18 May 2024 • 7:09 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tular video kanak-kanak bergaduh di jalan raya dekat Kota Kinabalu

Kanak-Kanak Jadikan Jalan Raya ‘Taman Permainan’, Polis Kota Kinabalu Bakal Buat Rondaan. Dipetik daripada The Star, pihak polis bakal melakukan rondaan secara berkala berikutan video viral kanak-kanak yang telah membuat kacau di hadapan Pasar Besar Kota Kinabalu baru-baru ini.

Dalam video tular itu, kanak-kanak tersebut dilihat saling berkejaran seperti sedang bergaduh dan melintas jalan raya tanpa menghiraukan kenderaan yang sedang bergerak di tempat berkenaan.

image is not available
Kanak-Kanak Jadikan Jalan Raya ‘Taman Permainan’, Polis Kota Kinabalu Bakal Buat Rondaan. Gambar tangkap layar dari FB Hasbullah A Hamid

Berlari bersama kayu dan paip PVC

Malah, ada juga diantara kanak-kanak berkenaan dilihat berlari bersama objek panjang dipercayai kayu dan paip polivinil klorida (PVC) untuk dibaling kepada rakannya yang berada di seberang jalan.

Tindakan kanak-kanak tersebut menyebabkan ada pemandu kereta atau penunggang motosikal terpaksa memperlahankan kenderaan masing-masing kerana bimbang berlaku kejadian rempuhan sehingga menyebabkan kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Kasim Muda berkata pihak mereka akan melanjutkan operasi Ops Payung dan menempatkan kenderaan peronda bergerak (MPV) serta unit peronda motosikal (URB) di semua lokasi.

image is not available
Sumber foto: Harian Metro

Mengadakan walkabout dengan agensi lain

Selain rondaan polis, beliau juga berkata akan mengadakan walkabout dengan agensi lain termasuk Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Imigresen, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sabah, Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan polis bantuan.

Kasim berkata, kejadian dalam video itu berlaku pada 4 Mei berikutan salah faham antara dua kumpulan kanak-kanak.

Video itu juga menunjukkan sekumpulan kanak-kanak berdiri di hadapan Pasar Besar Kota Kinabalu manakala kumpulan lain berkumpul di bulatan kecil berhampiran.

image is not available
Gambar tangkap layar dari FB Hasbullah A Hamid

image is not available
Gambar tangkap layar dari FB Hasbullah A Hamid

Dua kumpulan kanak-kanak bergaduh

Dua kumpulan kanak-kanak itu bergaduh. Ada yang dilihat bersenjatakan kayu dan membaling sesama sendiri.

Memandangkan ini melibatkan kanak-kanak, beliau berkata pihak mereka akan merujuk isu itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Sabah untuk tindakan selanjutnya.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: