Kanak-Kanak Kuat & Minda Cergas Dengan Lutein Untuk Perlindungan Mata

Health & FitnessFamily & Parenting
5 May 2026 • 3:09 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Kanak-Kanak Kuat & Minda Cergas Dengan Lutein Untuk Perlindungan Mata

Kanak-Kanak Kuat & Minda Cergas Dengan Lutein Untuk Perlindungan Mata

Anmum Essential Gold dan Anmum Essential kini boleh didapati dengan formulasi yang dipertingkatkan, direka khas untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak dalam era digital yang serba moden hari ini.

Kedua-dua formulasi ini membekalkan gabungan nutrien penting yang seimbang bagi memenuhi keperluan pemakanan kanak-kanak yang sedang membesar.

Formulasi yang dipertingkatkan ini menawarkan sokongan nutrisi tambahan seperti Lutein, iaitu nutrien yang membantu melindungi mata dan menapis cahaya biru, satu keperluan yang semakin relevan apabila melihat skrin menjadi sebahagian daripada aktiviti pembelajaran dan permainan harian.

Image from: Kanak-Kanak Kuat & Minda Cergas Dengan Lutein Untuk Perlindungan Mata

Bersama-sama dengan bahan utama dan nutrien yang membantu menyokong penghadaman usus yang baik, tumpuannya adalah untuk menyokong cara kanak-kanak berfikir, melihat, dan membesar dalam dunia yang semakin moden dan mencabar.

Kajian menunjukkan bahawa 4 daripada 5 kanak-kanak di Malaysia terdedah kepada masa skrin digital yang berlebihan setiap hari, menunjukkan betapa teknologi kini telah menjadi sebahagian penting dalam proses pembelajaran dan rutin permainan harian mereka. Kesannya, ibu bapa kini mencari sokongan nutrisi yang selari dengan perkembangan kanak-kanak dalam persekitaran masa kini.

Image from: Kanak-Kanak Kuat & Minda Cergas Dengan Lutein Untuk Perlindungan Mata

"Kami sentiasa memberi tumpuan dalam menyokong tumbesaran kanak-kanak secara optimum melalui nutrisi yang dipercayai dan berasaskan sains," kata Lim Siew Poh, Pengarah Pemasaran Lactalis-Mainland Dairy Malaysia. “Seiring dengan kanak-kanak hari ini belajar dan meneroka dengan cara yang lebih moden, ibu bapa mencari sokongan yang memenuhi keperluan kanak-kanak yang semakin berkembang."

"Dengan formulasi yang dipertingkatkan, kami menawarkan sokongan untuk perkembangan kanak-kanak secara lebih holistik, melengkapi penjagaan dan rangsangan yang sewajarnya oleh ibu bapa, di samping terus memberikan jaminan yang dipercayai ibu bapa."

Anmum Essential Gold menawarkan formulasi yang lebih maju dengan:

  • Tahap DHA tertinggi, Gangliosida dan MFGM

  • Lutein untuk melindungi mata dan menapis cahaya biru

  • Probiotik dan Prebiotik untuk menyokong penghadaman usus yang sihat

Image from: Kanak-Kanak Kuat & Minda Cergas Dengan Lutein Untuk Perlindungan Mata

Anmum Essential pula menawarkan kebaikan asas yang sama pada nilai yang lebih berbaloi, mengandungi:

  • DHA, Gangliosida dan MFGM.

  • Lutein untuk melindungi mata dan menapis cahaya biru.

  • Prebiotik untuk menyokong persekitaran usus yang sihat.

Kajian menunjukkan bahawa DHA, MFGM dan komponen bioaktif seperti Gangliosida dapat membantu menyokong perkembangan IQ dan memori, manakala Prebiotik pula membantu menyokong persekitaran usus yang sihat dengan menggalakkan pertumbuhan bakteria baik.

Formula Anmum Essential Gold dan Anmum Essential yang baru dipertingkatkan kini boleh didapati di pasar raya terkemuka dan pasar raya besar di seluruh negara.

View Original Article