Kanak-Kanak Lawat Ibu Sakit Selepas Bergraduasi Buat Netizen Sebak

Entertainment
30 Jan 2024 • 2:09 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak lawat ibunya yang sedang terlantar sakit di hospital selepas bergraduasi telah berjaya menarik perhatian ramai.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, seorang kanak-kanak lelaki memakai baju graduasi berwarna biru hadir ke hospital bersama sejambak bunga untuk diberikan kepada insan tersayangnya itu.

Kanak-kanak lawat ibu selepas bergraduasi

Dalam video berdurasi pendek itu, sebaik sahaja kanak-kanak tersebut menghampiri ibunya, dia lantas memeluk erat tubuh insan tersebut di sebuah katil.

Apa yang menyentuh hati ramai, walaupun usianya masih muda namun kanak-kanak tersebut tidak lupa untuk raikan kejayaan bersama ibunya.

image is not available

Sehingga kini, video itu mendapat lebih 300,000 tontonan dan raih lebih 16,000 tanda suka daripada netizen selepas sehari dimuat naik dalam aplikasi tersebut.

Netizen tersentuh hati

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak serta tersentuh selepas melihat kasih sayang kanak-kanak itu terhadap ibunya.

image is not available image is not available

Semoga cepat sihat!

Dalam pada itu, ramai mendoakan agar kesihatan ibu kepada kanak-kanak lelaki tersebut kembali pulih seperti sedia kala supaya dapat meluangkan masa bersama keluarga tersayang.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Sumber: TikTok @warung kecik