Kanak-Kanak Lelaki 7 Tahun Hilang Jatuh Sungai

6 Jul 2023 • 9:30 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Pihak JBPM menggunakan teknik 'water surface seaching' di laluan sungai, kira-kira satu kilometer dari kawasan kejadian mangsa dikhuatiri terjatuh. - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Batang Kali berhampiran Desa Alam Ria, Hulu Selangor di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata mangsa dikenal pasti sebagai Ahmad Ammar Akhtar Tajul Azwa dan kejadian berlaku sekitar 7.15 malam tadi (Rabu).

"Operasi dilakukan oleh anggota penyelamat menggunakan teknik 'water surface seaching' di laluan sungai, kira-kira satu kilometer dari kawasan kejadian mangsa dikhuatiri terjatuh," katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Beliau berkata kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) ditangguhkan pada 11.30 malam dan akan disambung semula pagi ini. - Bernama