Detik cemas menimpa seorang kanak-kanak lelaki apabila diserang seekor anjing ketika sedang bermain basikal di kawasan rumahnya di Taman Megah, Cheras, sehingga menyebabkan kecederaan serius di bahagian kepala.
Kejadian itu sempat dirakam dari jauh oleh orang awam yang berada di lokasi. Rakaman berdurasi 11 saat berkenaan tular di media sosial dan memaparkan mangsa bergelut dengan haiwan tersebut sebelum kelihatan seorang penunggang motosikal datang cuba membantu.
Tidak lama selepas itu, kanak-kanak itu akhirnya berjaya melarikan diri daripada serangan tersebut, sambil kedengaran tangisan kuat sebelum dia berlari mendapatkan ibunya.

Baca juga:
Selain rakaman video, turut tular gambar mangsa yang berlumuran darah dengan kesan kecederaan di bahagian kepala akibat gigitan.
Menerusi ruangan komen, difahamkan anjing berkenaan telah berjaya ditangkap oleh orang awam untuk diserahkan kepada pihak berkuasa, selain dimaklumkan bahawa haiwan tersebut sebenarnya tidak bertuan.

Sumber: Thread, Info Semasa Official
The post Kanak-kanak lelaki cedera parah diserang anjing appeared first on The Reporter.


