Kanak-kanak lelaki ditemukan lemas di tali air

24 Dec 2024 • 5:23 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

IPOH, 24 DIS: Kanak-kanak lelaki ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai lemas ketika keluar bermain bersama rakan di tali air parit 4 di Parit dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Hafezul Helmi Hamzah berkata laporan berhubung kejadian malang menimpa mangsa yang berusia 7 tahun itu diterima daripada orang awam sekitar 5.45 petang.

“Mangsa yang ditemui kira-kira 30 meter dari tebing tali air itu dibawa penduduk tempatan ke Klinik Kesihatan Bota Kiri (Parit) dan hasil pemeriksaan penolong pegawai perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seri Iskandar dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa ialah “pulmonary edema consistent with drowning” (lemas),” katanya dalam kenyataan hari ini.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved