Kanak-Kanak Lelaki Ditemukan Maut Dalam Lubang Pembetung Di Sibu

5 Aug 2025 • 12:31 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Kanak-Kanak Lelaki Ditemukan Maut Dalam Lubang Pembetung Di Sibu

SIBU, 4 Ogos (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam lubang sistem pembetungan di Jalan Pedada di sini petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Beliau berkata susulan satu panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada 6.29 petang, sebuah jentera dengan kekuatan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral tiba di lokasi empat minit kemudian.

“Setibanya pasukan penyelamat di lokasi kejadian, bapa mangsa memaklumkan anak lelakinya hilang dan dipercayai terjatuh ke dalam lubang akses sistem pembetungan. Operasi mencari dan menyelamat segera dijalankan.

“Pada 6.55 petang, mangsa ditemukan di dalam pembetung dan dibawa naik lima minit kemudian sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved