Kanak-Kanak Lelaki Empat Tahun Maut Dilanggar MPV

28 Oct 2025 • 11:26 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kanak-Kanak Lelaki Empat Tahun Maut Dilanggar MPV

KUANTAN, 28 Okt (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki empat tahun maut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan ketika berbasikal berhampiran surau di Perumahan Rakyat Pak Mahat, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Ashari Abu Samah berkata Muhammad Zulfan Adwa Mohd Zulkifli meninggal dunia pada 2.24 pagi tadi, di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada 6.30 petang ketika kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandu lelaki berusia 32 tahun dari kawasan perumahan itu menuju ke jalan Tanjung Lumpur.

“Semasa membelok ke kiri, pemandu berkenaan dipercayai melanggar mangsa yang menunggang basikal di tengah jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ashari berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: Bernama