Kanak-kanak lelaki hilang ditemui meninggal dunia

18 Jun 2026 • 4:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kanak-kanak lelaki hilang ditemui meninggal dunia
Mayat Putra Faris Suhaimi ditemukan kira-kira 50 meter dari lokasi selipar dipercayai miliknya dijumpai. Foto Bernama
Image from: Kanak-kanak lelaki hilang ditemui meninggal dunia
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak lelaki, Putra Faris Suhaimi, 8, yang dikhuatiri lemas di Sungai Ganggarak diteruskan hari ini. Foto Bernama
Image from: Kanak-kanak lelaki hilang ditemui meninggal dunia
Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.36 petang.
Image from: Kanak-kanak lelaki hilang ditemui meninggal dunia
Komander operasi segera memulakan SAR dengan anggota menjalankan pencarian di permukaan air dalam usaha mengesan mangsa. Foto Bernama.
Image from: Kanak-kanak lelaki hilang ditemui meninggal dunia
Operasi pencarian melibatkan pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), pasukan bomba sukarela serta penduduk kampung.Foto Bernama

LABUAN - Kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang hilang di Sungai Ganggarak Permai, petang semalam ditemukan lemas.

Mayat Putra Faris Suhaimi ditemukan terapung oleh pasukan penyelamat pada jam 3.30 petang kira-kira 50 meter dari lokasi selipar dipercayai miliknya dijumpai semalam.

**media[3555108]**

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Abdul Rahman Ali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.36 petang semalam, seterusnya segera menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Sebanyak 14 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Layangan digegaskan ke lokasi kejadian bagi operasi SAR dengan dibantu anggota polis, Pasukan Bomba Komuniti Atas Air Tanjung Aru, Jabatan Hidupan Liar serta penduduk setempat,” katanya kepada Bernama.

**media[3555107]**

Beliau berkata, operasi SAR itu melibatkan penggunaan bot kecil dan bot besar bagi menyusuri kawasan sungai manakala Jabatan Hidupan Liar turut membantu menilai keadaan persekitaran sungai termasuk kemungkinan kehadiran buaya dan risiko lain yang boleh menjejaskan operasi.

Mayat katanya dihantar ke hospital untuk bedah siasat.- Bernama