Kanak-kanak Lelaki Jatuh Longkang Ditemukan Lemas

28 Nov 2025 • 12:55 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kanak-kanak Lelaki Jatuh Longkang Ditemukan Lemas

ALOR GAJAH, 27 Nov (Bernama) — Kanak-kanak lelaki yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Taman Bidara Permai, Masjid Tanah di sini hari ini, ditemukan lemas malam ini.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata mayat mangsa ditemukan pada 8.35 malam selepas pencarian selama dua jam setengah.

“Mangsa berumur 11 tahun dan mayatnya ditemukan tersangkut pada sebatang pokok kira-kira 600 meter dari lokasi terakhir dia dilihat,” katanya.

Beliau berkata Pasukan Penyelamat di Air melaksanakan ‘rapid deployment approach’ dan pencarian di permukaan air berikutan paras air yang tinggi dan deras.

Terdahulu, Zulkhairani berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada 5.47 petang sebelum anggota bomba tiba di tempat kejadian 13 minit kemudian.

Sumber: BERNAMA

The post Kanak-kanak Lelaki Jatuh Longkang Ditemukan Lemas appeared first on Siakap Keli.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved