Kanak-kanak lelaki lemas dalam kolam renang ketika bercuti bersama keluarga

21 Jan 2023 • 10:31 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

LABUAN, 21 JAN: Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang bercuti bersama keluarganya ditemukan lemas di dalam kolam renang sebuah vila di sini hari ini.

Ketua Polis Labuan Supt Ahmad Jawila berkata kejadian itu disedari sekumpulan kanak-kanak yang ternampak mangsa dalam keadaan tidak sedar diri di dalam air.
“Kami menerima laporan pada jam 8.05 pagi mengenai insiden berkenaan dan berdasarkan laporan diterima mangsa sedang berenang di dalam kolam itu bersama kanak-kanak lain dengan ibunya memantau dari sebelah kolam itu berhadapan vila.

“Bila ibunya mengarahkan kumpulan kanak-kanak berkenaan supaya pulang ke vila (selepas berada di dalam kolam renang itu kira-kira 15 minit), dia mendapatinya anaknya tiada bersama-sama kanak-kanak lain dan kemudian terdengar jeritan daripada kanak-kanak berkenaan mengenai penemuan anak wanita tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad berkata mereka menarik keluar mangsa dari kolam itu dan memberikan bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) tetapi tidak berjaya menyelamatkannya.

“Daripada pemerhatian awal dan pemeriksaan di lokasi, kami tidak mendapati sebarang unsur jenayah atau perbuatan khianat dan mayat dihantar ke Hospital Labuan untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved