Kanak-kanak lelaki maut dipercayai dilanggar kereta di belakang sekolah

10 Jun 2026 • 9:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kanak-kanak lelaki maut dipercayai dilanggar kereta di belakang sekolah
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas dipercayai dilanggar sebuah Perodua Aruz ketika bermain di atas jalan di belakang sebuah sekolah di Kota, Rembau, petang Rabu. Gambar hiasan

REMBAU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut dipercayai dilanggar sebuah kereta ketika bermain di atas jalan di belakang sebuah sekolah di Kota di sini petang Rabu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Azmi Ali berkata, dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa dipercayai sedang bermain tanpa penjagaan sebelum dilanggar sebuah Perodua Aruz yang melalui lokasi tersebut.

"Kanak-kanak berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian muka.

"Pegawai penyiasat trafik sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Rembau untuk tindakan susulan dan proses bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved