Kanak-kanak lelaki maut terjatuh dari tingkat 11

17 Oct 2026 • 8:58 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kanak-kanak lelaki maut terjatuh dari tingkat 11

SEPANG – Seorang kanak-kanak lelaki berusia kira-kira tiga tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 11, Horizon Suites, Bandar Baru Salak Tinggi, di sini, hari ini.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 5.54 pagi tadi.

Beliau berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Ketika kejadian, ibu bapa mangsa ada di rumah. Proses bedah siasat terhadap mangsa di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, telah selesai dijalankan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, pihaknya turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kejadian itu.

Norhizam berkata, individu yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Insp. Mohamad Farizi Ramlee, menerusi talian 014-314 5347. – KOSMO! ONLINE

The post Kanak-kanak lelaki maut terjatuh dari tingkat 11 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved