Kanak-Kanak Lelaki Tiga Tahun Ditemui Mati, Dipercayai Didera Pengasuh

16 Aug 2022 • 10:31 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kanak-Kanak Lelaki Tiga Tahun Ditemui Mati, Dipercayai Didera Pengasuh

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai mangsa dera telah ditemui mati di sebuah rumah di Mutiara Magna, Kepong semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai, pasukan polis yang tiba di tempat kejadian telah mendapati mangsa terbaring di dalam katil kanak-kanak dengan lengkap berpakaian.

“Pemeriksaan lanjut ke atas fizikal mangsa mendapati terdapat kesan luka di dahi, mulut dan hidung, kesan merah di bawah mata kiri, calar dan lebam pada bahagian belakang badan dan siku tangan kanan mangsa,” katanya.

Susulan itu, pihak polis juga telah menangkap seorang suspek berumur 40 tahun yang merupakan pengasuh kepada mangsa semenjak dilahirkan.

Penahanan itu dilakukan bagi membantu siasatan dan suspek kini direman selama lima hari bermula 16 Ogos sehingga 20 Ogos untuk siasatan lanjut.

“Kes telah diklasifikasikan di bawah seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya lagi.

Sementara itu orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di 03-40482206.

Sumber: Polis KL