Kanak-kanak maut akibat dijerut di leher, bukan mangsa dera

16 Jul 2022 • 8:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, siasatan awal mendapati kanak-kanak berkenaan tidak mempunyai kecederaan lampau pada badannya.

"Tiada tanda-tanda mangsa mengalami penderaan kerana tidak mempunyai kesan kecederaan lampau di tubuh badannya," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan, punca kematian kanak-kanak itu adalah akibat dijerut di lehernya.

Katanya, kes berkenaan masih dalam siasatan.

Semalam, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dilaporkan berkata, polis menerima maklumat awam mengenai kejadian itu pada 4.55 petang Khamis sebelum menahan ibu mangsa berusia 34 tahun bagi membantu siasatan. - Bernama