Kanak-kanak menabung beli durian, peniaga murah hati beri Musang King percuma | WeirdKaya

LocalFood
22 Jul 2025 • 6:20 PM MYT
WeirdKaya
WeirdKaya

Community news hub for today's generation of Malaysians

image is not available

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang peniaga bermurah hati memberikan sebiji durian Musang King percuma kepada tiga budak lelaki telah meraih perhatian warganet.

Peniaga beri Musang King percuma

image is not available

Menerusi hantaran di TikTok @Bala Durian, memperlihatkan kanak-kanak itu mengunjungi gerai peniaga tersebut dengan hanya membawa wang simpanan masing-masing yang dikumpulkan menjadi satu bagi merasai raja buah itu.

Walaubagaimanapun, jumlah wang terkumpul hanya sekitar RM15, tidak cukup bagi membeli sebiji durian Musang King yang sedikit mahal harganya daripada durian biasa.

“Tak payah timbang, tak payah belik. Pak cik bagi percuma sahaja,” kata Bala di TikTok, baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, peniaga yang dikenali sebagai Bala itu turut menambah sebiji lagi durian secara percuma kepada kanak-kanak bertuah itu sebelum mereka bertiga beredar dari gerainya.

Meninjau ke ruangan komen, warganet terharu melihat sifat pemurah Bala dan mendoakan agar perniagaannya terus berkembang maju.

Malah ada juga wargamaya tidak sabar untuk berkunjung ke gerainya bagi memberikan sokongan setelah melihat video memaparkan tindakan murni peniaga itu.

Dah lama teringin

image is not available

Murah rezeki selalu

image is not available

Ramai-ramai datang support

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima sebanyak 1.3 juta tontonan dan lebih 110,000 tanda suka.

Sumber: TikTok Bala Durian