Kanak-Kanak Meninggal Dunia Selepas Ditimpa Tiang Gol Di Menggatal, Sabah

21 Oct 2022 • 3:26 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kanak-kanak 11 tahun dan rakan bantu guru untuk pindahkan pawang gol

Kanak-Kanak Meninggal Dunia Selepas Ditimpa Tiang Gol Di Menggatal, Sabah. Siapa sangka niat nak membantu bertukar menjadi tragedi untuk seorang kanak-kanak yang hanya baru berusia 11 tahun.

Terjadi di sebuah padang bolasepak di Menggatal, Sabah apabila seorang kanak-kanak dan rakan-rakannya yang lain berniat untuk membantu gurunya untuk memindahkan tiang gol yang telah berkarat.

image is not available
Kanak-Kanak Meninggal Dunia Selepas Ditimpa Tiang Gol Di Menggatal, Sabah. Sumber gambar: BORNEO POST online

Ditimpa Pawang gol karat dan meninggal dunia semasa menerima rawatan

Namun, malang bagi kanak-kanak lelaki tersebut apabila tiang gol tersebut secara mengejut telah menimpa dirinya sehingga mengakibatkan kecederaan yang teruk pada bahagian kepala.

Menurut Ketua Polis Kota Kinabalu, ACP Mohd Zaidi Abdullah, kanak-kanak yang merupakan pelajar darjah 5 dari Sekolah Rendah Kebangsaan Lok Yuk tersebutt telah dikejarkan ke Hospital Likas selepas menerima laporan tentang kejadian tersebut pada pukul 12.20 petang.

Malangnya, kanak-kanak tersebut telah disahkan meninggalkan dunia semasa menerima rawatan di hospital kerana kecederaan parah di bahagian kepala yang dialami oleh mangsa.

image is not available
Kanak-Kanak Meninggal Dunia Selepas Ditimpa Tiang Gol Di Menggatal, Sabah. Sumber gambar: BORNEO POST online

Melalui hasil siasatan juga, kes ini dikategorikan sebagai mati mengejut kerana didapati tiada unsur jenayah yang dikesan di tempat kejadian.

Semoga keluarga mangsa tabah menerima dugaan ini.

Boleh baca cerita menarik yang lain di artikel dibawah: