Kanak-kanak OKU ditemui selamat

12 Jul 2022 • 5:17 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Seorang kanak-kanak lelaki orang kelainan upaya (OKU) yang hilang dan dikhuatiri lemas di Kg Jawa Lanut pada Ahad lalu, ditemui selamat selepas pencarian selama tujuh jam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen Jr berkata, Muhammad Fakhri Zhafrah Afandi Muhammad Maulidin, 7, ditemui penduduk kampung pada jam 7.16 malam.

“Kanak-kanak itu dijumpai dalam keadaan selamat kira-kira 100 meter dari rumahnya,” katanya dalam kenyataan media, lewat malam Ahad.

Katanya, operasi ditamatkan jam 7.52 malam selepas memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain di lokasi.

Terdahulu, sepasukan enam pegawai dan anggota bomba bersama sebuah jentera dikerah ke lokasi kejadian untuk melancarkan operasi mencari dan menyelamat selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 4.20 petang.

Menurutnya pemanggil memaklumkan bahawa kanak-kanak itu disedari hilang pada jam 12 tengah hari, dikhuatiri lemas di kawasan sungai berhampiran.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.