Kanak-kanak pamer bakat ulas perlawanan bola dalam Riuh BOLA SINAR

LocalFootball
19 Jul 2026 • 6:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kanak-kanak pamer bakat ulas perlawanan bola dalam Riuh BOLA SINAR
Salah seorang kanak-kanak menunjukkan bakat menerusi pertandingan Ulas Bola Pro redOne Mobile sempena program Riuh BOLA SINAR x redOne Mobile x RTM di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam pada Ahad.

SHAH ALAM - Kemeriahan program Riuh BOLA SINAR x redOne Mobile x RTM di Restoran Hakim, Seksyen 7, di sini pada Ahad dihiasi dengan bakat yang dipamerkan kanak-kanak menerusi pertandingan Ulas Bola Pro redOne Mobile.

Program itu menyaksikan peserta cilik berusia seawal tujuh tahun diberi peluang mengulas aksi perlawanan bola sepak berdasarkan paparan skrin secara spontan.

Acara itu secara langsung menguji kemahiran komunikasi, kreativiti dan keyakinan mereka di hadapan orang ramai.

Pertandingan tersebut berlangsung di pentas utama dengan peserta dibahagikan kepada tiga kategori iaitu tujuh hingga 12 tahun, 13 hingga 17 tahun dan 18 hingga 25 tahun.

Berdasarkan format pertandingan, peserta perlu mengulas aksi perlawanan yang dipaparkan menerusi siaran langsung permainan PS5 di skrin LED dalam tempoh masa yang ditetapkan mengikut kategori.

Bagi kategori kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun, setiap peserta diberi masa selama 30 saat untuk membuat ulasan, manakala kategori 13 hingga 17 tahun diberikan 45 saat dan kategori 18 hingga 25 tahun selama satu minit.

Sorakan daripada ibu bapa dan pengunjung yang hadir turut memeriahkan suasana apabila setiap peserta tampil dengan gaya penyampaian tersendiri, termasuk meniru intonasi pengulas sukan profesional.

Penganjuran pertandingan itu memberi peluang kepada peserta mengasah kemahiran berkomunikasi serta meningkatkan keyakinan diri di hadapan khalayak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved