Kanak-kanak perempuan alami pendarahan di kepala, motosikal bapanya dihimpit kereta 4 x 4 sehingga terjatuh

12 Dec 2023 • 9:47 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang kanak-kanak perempuan mengalami kecederaan di kepala selepas motosikal yang dinaikinya bersama tiga keluarganya terbabit dalam kemalangan di susur keluar ke Kompleks Sukan Negara, berdekatan Plaza Tol Sungai Besi, menghala ke Bangi.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.29 tengah hari Selasa, pasangan suami isteri yang menunggang motosikal bersama dua anaknya di lorong kiri Lebuhraya Sungai Besi, dalam perjalanan menghala ke Bangi.

Video rakaman papan pemuka (dashcam) saksi menunjukkan sebuah kereta pacuan empat roda yang berada di lorong kanan tiba-tiba mengubah haluannya untuk masuk ke susur tersebut.

Bagaimanapun, pemandunya tidak menyedari keberadaan motosikal tersebut lalu menghimpit sebelum empat sekeluarga itu terjatuh.

Saksi dan beberapa pengguna jalan raya lain segera berhenti menghulurkan bantuan kepada mangsa.

Beberapa minit kemudian, pemandu kereta pacuan empat roda itu dilihat berpatah balik dan segera keluar untuk mendapatkan mangsa.

Video kejadian itu turut tular di media sosial. Ada beberapa netizen berkongsi gambar mangsa cedera, ditemani bapanya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Serdang.

Sumber: Info Semasa

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved