Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

8 Jun 2026 • 4:44 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan maut, manakala abangnya berada dalam keadaan kritikal selepas terjatuh dari unit pangsapuri kediaman mereka di Johor Bahru, semalam.

Mangsa yang maut berusia lapan tahun manakala abangnya berusia 10 tahun. 

Kedua-duanya ditemui di aras bawah kompleks pangsapuri berhampiran kolam renang, dalam insiden yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 7.59 pagi.

BH melaporkan, kanak-kanak perempuan tersebut meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah yang dialami. 

Sementara itu, kanak-kanak lelaki berkenaan dilaporkan masih berada dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan rapi di Hospital Sultanah Aminah.

Insiden terbabit mengejutkan penduduk sekitar kawasan Tampoi serta menimbulkan persoalan mengenai punca ia berlaku.

Ketua Polis Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha, mengesahkan kejadian namun enggan mengulas lanjut sementara menunggu kenyataan rasmi dikeluarkan.

Polis sedang menyiasat bagi mengenal pasti bagaimana kedua-dua kanak-kanak itu boleh terjatuh dari tingkat atas blok kediaman berkenaan.

Pihak berkuasa dijangka mengeluarkan maklumat lanjut selepas siasatan awal selesai dijalankan.

Setakat ini, polis belum mendedahkan sama ada terdapat unsur jenayah atau sama ada kes itu diklasifikasikan sebagai kemalangan. - Getaran, 8 Jun 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved