Kanak-kanak perempuan maut terjatuh dari tingkat 16

31 Mar 2023 • 8:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang kanak-kanak perempuan maut dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Jinjang Utara, Sentul di Kuala Lumpur pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan maut dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Jinjang Utara, Sentul di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian kira-kira jam 4.15 petang.

"Siasatan mendapati mangsa berumur lingkungan 13 tahun itu berada bersama kakaknya di rumah. Semasa kejadian berlaku, kakak mangsa telah meninggalkan mangsa yang sedang bermain permainan komputer untuk ke tandas.

"Ketika kakak mangsa keluar dari tandas, kakak mangsa melihat mangsa sedang memanjat tingkap yang terdapat di dalam bilik utama," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Katanya, kakak mangsa cuba menarik mangsa bagaimanapun tidak berjaya.

"Hasil siasatan di tempat kejadian juga mendapati rumah tersebut tidak dilengkapi dengan jeriji besi.

"Siasatan lanjut juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui dan mangsa dipercayai tergelincir ketika memanjat tingkap tersebut," katanya.

Ujar Eng Lai, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mayat mangsa telah dirujuk ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

"Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved