Kanak-Kanak Temui Ajal Selepas Tertinggal 5 Jam Dalam Van Sekolah

LocalFamily & Parenting
1 May 2025 • 5:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Lagi kejadian kanak-kanak tertinggal di dalam van sekolah sehingga menemui ajal!

Kali ini berlaku di Iskandar Puteri, Johor, semalam. Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun itu meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal dalam van sekolah dinaikinya hampir lima jam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M Kumarasan berkata, mangsa yang bersekolah di sebuah tadika di Taman Bukit Indah, disyaki tertinggal ketika pemandu van itu menurunkan murid di hadapan sekolah kira-kira 7.30 pagi, pada hari sama

Susulan itu, polis menahan pemandu van sekolah terbabit iaitu lelaki berusia 56 tahun, kira-kira 2.40 petang di kawasan Taman Bukit Indah, untuk membantu siasatan kematian mangsa.

Bagaimanapun, lelaki itu yang tidak mempunyai rekod lampau dan negatif terhadap dadah kini direman hingga 7 Mei ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved