Kanak-Kanak Termakan Keropok Beracun Tikus Meninggal Dunia 

10 Jul 2024 • 1:18 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Seorang daripada dua beradik yang termakan keropok disyaki mengandungi racun tikus, disahkan meninggal dunia hari ini.

Hal tersebut disahkan oleh ibu mangsa, Nurain Hasnorizal, 25, yang berkata anak sulungnya, Muhammad Akil Syauqi, 3, menghembuskan nafas terakhir pada 8.30 pagi.

image is not available

Sebelum ini, Muhammad Akil Syauqi dan adiknya, Muhammad Luth Syauqi, 2,dilaporkan kritikal selepas makan jajan yang dicampur racun tikus yang diambil berdekatan rumah mereka di Kampung Padang Ubi di Labu Besardi sini pada Ahad lalu.

image is not available

Ibu mangsa kemudian mendapati dua anaknya itu muntah dan menggelupur seperti diserang sawan lalu membawa mereka ke Klinik Kesihatan Malau dan Hospital Kulim (HK) untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, makanan ringan itu digantung pada pagar dawai, didakwa bertujuan menghalau monyet yang mengancam tanaman pekebun di kawasan berkenaan.

Sumber: Harian Metro

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved