Kanak-Kanak Tersepit Jari Pada Eskalator Di Sebuah Pusat Beli Belah Sabah

6 Jul 2024 • 5:31 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jari kanak-kanak tersepit di eskalator

Kanak-Kanak Tersepit Jari Pada Eskalator Di Sebuah Pusat Beli Belah Sabah. Dilaporkan, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun terpaksa menahan kesakitan hampir setengah jam apabila jari tangan kanannya tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli belah di Likas, Sabah.

Menurut Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.50 malam.

image is not available
Kanak-Kanak Tersepit Jari Pada Eskalator Di Sebuah Pusat Beli Belah Sabah. Sumber foto: Utusan Borneo

Pegawai dan anggota Balai Bomba membantu mangsa

Oleh itu, beliau berkata sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas telah digerakkan ke lokasi bagi membantu mangsa.

Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba menjalankan kerja-kerja mengeluarkan jari kanak-kanak yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas (L-Key).

Mangsa seterusnya diberikan rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan kanak-kanak tersebut kemudiannya dibawa ke hospital dengan menggunakan jentera EMRS.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: