Kanak-kanak tertembak bayi 5 bulan di AS

7 Sep 2022 • 2:18 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

WASHINGTON: Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di Amerika Syarikat secara tidak sengaja tertembak seorang bayi berusia lima bulan di sebuah rumah di Florida.

Penjaga kanak-kanak dan bayi itu didakwa atas kesalahan cuai, menurut polis, lapor Xinhua.

Penguatkuasa undang-undang bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada Sabtu.

Paula Concepcion Santos, 25, ditahan polis dan didakwa atas kesalahan mengabaikan kanak-kanak, dan bayi berkenaan dibawa ke Hospital Tampa.

Menurut laporan, keadaan bayi itu tidak mengancam nyawa, dan telah menerima rawatan sewajarnya.

Setakat Selasa, Santos masih berada dipenjara dengan bon US$15,000.

“Walaupun kami bersyukur bayi itu tidak mengalami kecederaan parah, kejadian ini harus menjadi peringatan kepada setiap ibu bapa atau penjaga untuk memeriksa dan menjaga senjata mereka dengan betul.

“Kanak-kanak sepatutnya tidak boleh mengakses senjata api, lebih-lebih lagi, senjata api harus sentiasa disimpan dalam peti besi berkunci dengan peluru disimpan secara berasingan,“ kata Ketua Polis Tampa, Mary O’Connor.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved