Kanak-kanak Tiga Tahun Maut Dilanggar Pacuan Empat Roda

7 Aug 2023 • 10:24 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kanak-kanak Tiga Tahun Maut Dilanggar Pacuan Empat Roda

JOHOR BAHRU, 7 Ogos (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut akibat dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika bermain skuter di satu kawasan kediaman di bandar raya ini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian yang berlaku pada 6.30 petang itu dan memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan.

“Pemandu kenderaan pacuan empat roda yang berusia 32 tahun itu sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 21 saat memaparkan kanak-kanak berkenaan yang sedang bermain skuter dilihat berhenti di kawasan persimpangan, sebelum sebuah pacuan empat roda berwarna hitam terus merempuhnya.

Kanak-kanak terbabit dipercayai maut di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kanak-kanak sembilan tahun mati mengejut di Taiping, polis siasat punca kematian

Minggu lalu, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Panglima, Assam Kumbang, Taiping.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Razlam Ab Hamid berkata polis menerima maklumat mengenai kematian kanak-kanak itu pada kira-kira 11 pagi.

“Pihak polis dan ambulans dari Hospital Taiping telah bergegas ke tempat kejadian dan mengesahkan kematian tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Razlam berkata pihak forensik D10 Polis Diraja Malaysia Perak telah menjalankan siasatan di tempat kejadian dan mayat di bawa ke jabatan forensik Hospital Taiping untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Polis mengklasifikasikan siasatan awal sebagai kematian mengejut, katanya.

Sumber: BERNAMA