Kanak2 termakan khinzir panggang rupanya pelajar tahfiz, dalam usaha hafaz al-Quran

5 Jun 2024 • 8:02 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mendedahkan kanak-kanak yang termakan khinzir panggang disebabkan kesilapan penghantar makanan rupa-rupanya pelajar tahfiz di madrasah yang sedang dalam usaha menghafaz al-Quran.

Menurut laporan Harian Metro, beliau menggesa syarikat perkhidmatan penghantaran makanan (p-hailing) terlibat menambah baik servis mereka bagi mengelakkan kejadian sama berulang kembali.

Termakan khinzir panggang

image is not available

“Dalam keadaan ini pengguna itu meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada syarikat penghantar namun adakah silap untuk pengguna yakin dengan syarikat terbabit?

“Perlukah pengguna mengelak daripada menggunakan perkhidmatan mereka kerana tidak bertanggungjawab soal ini,” katanya.

image is not available

Bukan itu sahaja, beliau turut mempersoalkan mengapa insiden tersebut berlaku sedangkan syarikat terbabit pernah mengumumkan penggunaan beg penghantaran berasingan bagi makanan halal dan tidak halal.

Disebabkan itu, Nadzim menggesa syarikat perkhidmatan penghantar makanan tersebut menghubungi pelanggan terkesan untuk menyelesaikan isu berkenaan.

“Bagaimana perkara itu berlaku sedangkan pengguna memesan makanan dari restoran halal, adakah penghantar makanan mengambil makanan dari dua restoran tanpa mengira status halal sehingga berlaku kesilapan.

“Syarikat sebesar mereka sepatutnya mampu melantik pegawai yang memantau bagi memastikan perkara sebegini tidak berlaku,” ujarnya lagi.

Termakan khinzir panggang

image is not available

Terdahulu, tular di laman sosial apabila Pengarah Latihan dan Penyelidikan PPIM, Izham Nayan mendedahkan anak-anak kawannya terjamah khinzir panggang yang disebabkan oleh kesilapan penghantar makanan.

Difahamkan, bapa kanak-kanak itu membuat pesanan mi tarik dari tempat kerja untuk anaknya yang berada di rumah dan ibu mereka sedang sibuk mengendalikan kelas secara dalam talian.

image is not available

Ibu kepada empat orang anak itu kemudian menghantar mesej kepada suaminya untuk bertanya adakah itu makanan yang dipesan namun pertanyaan dibalas 45 minit selepas anaknya selesai makan.

Sumber: Harian Metro (Redzuan Muharam)