Sejak semalam kandungan Twitter tidak lagi boleh dibaca tanpa pengguna mendaftar masuk menggunakan akaun. Jika ini dilakukan juga, skrin mendaftar masuk atau menghasilkan akaun baharu sahaja boleh dilihat. Menurut Elon Musk, “langkah kecemasan” ini diambil bagi mengelakkan data Twitter diambil yang menyebabkan pengalaman pengguna lain terjejas.
Temporary emergency measure. We were getting data pillaged so much that it was degrading service for normal users!
Ini mungkin boleh dilihat sebagai langkah Musk untuk mengelakkan data Twitter digunakan untuk melatih kecerdasan buatan. Sejak mengambil alih Twitter, Musk melakukan pelbagai perubahan pada lama bagi menghalang perkhidmatan laman digunakan secara percuma. Tidak diketahui selama mana langkah menghalang kandungan dibaca tanpa akaun ini akan diteruskan.



