Kang Hoon Sertai Shin Hyesun Dalam Drama Kemanusiaan ‘To My Harry’

Entertainment
3 May 2024 • 3:01 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Selepas Shin Hye-sun dan Lee Jin-wook mengesahkan kemunculan mereka, akhirnya Kang Hoon turut dilaporkan bakal menyertai “To My Harry”.

Ianya membawa kisah protagonis yang memiliki masalah personaliti disosiatif dek sedih melampau selepas kehilangan adik kesayangan dan ditinggalkan kekasih hati. “To My Harry” akan menggambarkan manusia yang dilawati perasaan sakit dan menderita pada saban hari.

Dalam drama ini, dia akan membawa watak Kang Joo-yeon iaitu seseorang yang menjadi pembaca berita atas permintaan mendiang abangnya. Meskipun sentimental namun lelaki itu sangat dingin apabila berhadapan dengan wanita.

image is not available

Khabarnya, “To My Harry” akan memulakan penggambaran tak lama lagi sebelum dalam cadangan untuk disiarkan pada separuh kedua tahun ini.

Bestnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.