Kanopi jual mercun terbakar, seorang parah, tiga cedera

2 Apr 2025 • 9:30 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 2 APRIL: Seorang parah, manakala tiga lagi cedera selepas kanopi menjual mercun di Kampung Batu 39, Sabak Bernam terbakar awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 1.08 pagi, lapor portal Berita Harian

Beliau berkata, sepasukan lapan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam dikejarkan ke lokasi.

“Kebakaran dipadam sebelum pihak bomba tiba. Terdapat empat mangsa lelaki warga tempatan berusia lingkungan 20-an.

“Seorang mangsa cedera parah pada bahagian kaki kiri, kaki kanan dan tangan kanan. Manakala tiga lagi cedera ringan,” katanya menerusi kenyataan.

Ahmad Mukhlis berkata, kesemua mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved