Kanowit Waterfront Bakal Dilancarkan Sempena Festival Kanowit 2024 Pada 20-24 September Ini

13 Sep 2024 • 3:08 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pelancaran Kanowit Waterfront bakal meriahkan Festival Kanowit 2024 pada 20 hingga 24 September

Kanowit Waterfront Bakal Dilancarkan Sempena Festival Kanowit 2024 Pada 20-24 September Ini. Kanowit Waterfront dijadualkan untuk dilancarkan secara rasmi semasa Festival Kanowit 2024 yang akan berlangsung dari 20 hingga 22 September.

Menteri Perpaduan Negara (KPN), Datuk Aaron Ago Dagang, menyatakan bahawa festival tiga hari tersebut akan menampilkan pelbagai aktiviti. Antaranya termasuklah Cabaran Bot RC Kanowit, Pesta Riang dan Pesta Perdagangan, Perlumbaan Bot Laju Kanowit, jualan Rahmah, pameran agensi, Upacara Tradisional (Adat Miring) dan pertandingan Ratu Festival Kanowit.

image is not available
Kanowit Waterfront Bakal Dilancarkan Sempena Festival Kanowit 2024 Pada 20-24 September Ini

“Festival ini bukan sahaja meraikan sejarah dan tradisi, tetapi juga mengiktiraf kepelbagaian budaya dan sumbangan yang telah membentuk identiti kita. Dari tarian tradisional hingga makanan tempatan yang lazat, setiap unsur festival ini mencerminkan kekayaan budaya kita yang unik. Dengan menghargai kepelbagaian budaya, kita dapat mengukuhkan perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat kita,” ujarnya menurut laporan media tempatan.

Pembinaan Tebing Air Kanowit yang bernilai RM5.3 juta telah siap pada April 2023. Sejak itu, ia juga menjadi tempat penganjuran Festival Kanowit 2023.

Festival Kanowit 2024 dianjurkan secara bersama oleh Majlis Daerah Kanowit, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kanowit, Kementerian Perpaduan Negara (KPN), dan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak.

Dianjurkan sejak 2003, festival ini selaras dengan inisiatif ‘Ini Warisan Kita’ yang diperkenalkan oleh KPN sebagai acara utama dalam program utama KPN, iaitu Kempen Perpaduan Malaysia MADANI.

Baca juga artikel yang berkaitan: