Kante terlepas aksi Piala Dunia

Football
19 Oct 2022 • 10:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kante

PEMAIN tengah Chelsea, N’golo Kante sah tidak akan beraksi bersama Perancis di Piala Dunia, November ini kerana terpaksa berehat selama empat bulan selepas menjalani pembedahan susulan kecederaan hamstring yang dialaminya.

Perkembangan itu diumumkan sendiri The Blues dalam satu kenyataan sambil memaklumkan hanya pembedahan sahaja merupakan jalan terbaik bagi memulihkan kecederaannya yang dialami Kante.

N'Golo Kante selamat menjalani pembedahan pada kecederaan hamstring.

“Pemain tengah itu berjumpa pakar serta jabatan perubatan kelab untuk melihat pilihan terbaik pemulihannya dan N'Golo bersetuju menjalani pembedahan bagi memulihkan kecederaannya itu.

“Selepas pembedahan itu berjaya, N'Golo kini dijangka diketepikan selama empat bulan," kata Chelsea dalam satu kenyataan.

Perkembangan tersebut nyata memberikan tamparan hebat buat skuad bimbingan Didier Deschamps memandangkan seorang lagi pemainnya, Paul Pogba juga belum pasti dapat beraksi pada saingan yang berlangsung di Qatar itu.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved