KANTIN At The Granary Tawar Makanan Percuma Untuk Pemenang Pingat Emas SUKMA Sarawak

23 Aug 2024 • 12:27 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pemenang pingat perak dan gangsa Sarawak turut nikmati ganjaran minuman dan pencuci mulut percuma di KANTIN At The Granary

KANTIN At The Granary Tawar Makanan Percuma Untuk Pemenang Pingat Emas SUKMA Sarawak. Bagi meraikan kejayaan cemerlang atlet-atlet Sarawak di Sukan Malaysia (SUKMA) 2024, restoran KANTIN At The Granary, Kuching kini menawarkan hidangan percuma kepada pemenang pingat emas dari negeri ini.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih atas usaha gigih anda. Kami amat berbangga dengan pencapaian anda!” kata pihak restoran menerusi perkongsian di laman Facebook.

image is not available
KANTIN At The Granary Tawar Makanan Percuma Untuk Pemenang Pingat Emas SUKMA Sarawak

Cara untuk menuntut hidangan percuma

  • Sah untuk pemenang pingat emas SUKMA 2024 Sarawak sahaja.
  • Tunjukkan berita / gambar kemenangan pingat emas SUKMA anda untuk pengesahan.
  • Pemenang pingat emas boleh memilih 1 hidangan utama dan 1 minuman pilihan anda dengan PERCUMA! (Tawaran ini tidak termasuk hidangan steak dan minuman beralkohol).
  • Tawaran ini bermula pada 22 hingga 31 Ogos 2024

Sebagai tambahan, atas permintaan orang ramai, mereka turut menawarkan minuman dan pencuci mulut percuma untuk pemenang pingat Perak dan Gangsa Sarawak.

“Sila sebarkan berita ini agar atlet-atlet muda Sarawak dapat menikmati manfaat eksklusif ini,” tambah pihak restoran.

KANTIN di The Granary terletak di 23, Jalan Wayang, 93000 Kuching. Untuk membuat tempahan, boleh menghubungi restoran melalui pautan WhatsApp yang disediakan.

Tawaran ini merupakan satu penghargaan istimewa buat atlet-atlet Sarawak yang telah mengharumkan nama negeri di pentas SUKMA 2024. Ia juga menunjukkan sokongan padu masyarakat tempatan terhadap pencapaian sukan kebangsaan.

Baca juga artikel yang berkaitan: