
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bermula 11 dan 12 Januari yang lalu kebanyakan sekolah sudah memulakan sesi persekolahan minggu pertama bagi tahun 2026.
Tak dinafikan pelbagai gelagat pelajar dan juga ibu bapa menjadi perhatian orang ramai. Yelah minggu pertama ke sekolah, ada yang memasuki sekolah baharu, ada yang tak sabar untuk berjumpa rakan dan banyak lagi.
Apabila anak-anak mula bersekolah bukan sekadar pendidikan yang perhatian ibu bapa tetapi pergaulan dengan rakan dan guru, adaptasi kepada perkara baharu termasuklah makanan mereka.
Umum mengetahui kanak-kanak yang sedang membesar perlu mengambil makanan dengan nutrisi yang cukup. Oleh itu, adalah penting untuk memberi atau menyediakan pelajar makanan yang sihat bersesuaian dengan proses tumbesaran mereka.
Kantin sekolah jual makanan proses kepada pelajar
Baru-baru ini, satu kantin dipercayai di sebuah sekolah rendah telah menjadi perhatian orang ramai apabila dilihat menyediakan makanan yang disifatkan ‘kurang sihat’ untuk pelajar.
Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna di X, kelihatan perakam menunjukkan jenis-jenis makanan yang dijual di kantin sekolah tersebut.
Dalam video itu, awalnya perakam menunjukkan makanan berat yang dijual seperti nasi lemak, nasi goreng dan juga bubur nasi.
Namun sebaik menggerakkan kamera ke kanan, kelihatan di kantin tersebut turut menjual makanan yang berproses seperti nuget, kentang goreng, burger, ayam goreng bersama kentang goreng, dan juga mi bersama sosej.
Ramai kritik melihat makanan yang disediakan dan sifatkan tidak sihat untuk pelajar
Video itu kemudiannya menjadi tular dan mendapat kritikan yang kurang menyenangkan di kalangan pengguna media sosial.
Ini kerana, ramai yang menyifatkan makanan yang dijual oleh kantin terbabit adalah tidak berkhasiat selain tidak mengikut piramid makanan yang telah disarankan.
Bukan hanya itu, ada juga berpendapat makanan di kantin sekolah tidak berubah sejak dari dahulu.
Sebab tu la tumbesaran budak2 sekarang terbantut. Masih Ade lagi kt sekolah jual jajan makanan tak sihat. Perkembangan otak budak akan affected pic.twitter.com/gUZQee8HmJ
— Abang Panda (@zulazri03) January 15, 2026
Tiada buah-buahan dan sayuran dijual atau disediakan dalam makanan
Ada juga mengatakan, mereka tidak melihat kantin dalam video itu menjual makanan seperti buah-buahan, sandwich telur dan sebagainya.
Selain itu, ada yang menyoal adakah isu jualan makanan di kantin itu diadukan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Menerusi semakan kami, berikut adalah antara jenis larangan makanan dan minuman dijual di kantin yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Antaranya seperti:
- Makanan ringan sepert junk food – keropok, gula-gula, coklat
- Makanan yang berupa permainan atau dijual bersama permainan
- Makan dan minuman yang telah tamat tempoh atau expired
- Makan yang diproses eperti nuget, burger, sosej, kentang goreng dan banyak lagi

Ada yang minta guru dan pihak kantin cakna, persoal makanan berproses boleh jadi punca masalah tumbesaran
Malah apa yang menjadi perhatian orang ramai adalah makanan yang tidak sihat yang dijual di kantin sekolah boleh mengganggu tumbesaran kanak-kanak.
Oleh itu, mereka menggesa agar pihak kantin serta sekolah untuk mengambil tindakan dan memantau makanan yang dijual kepada pelajar.
Malah ada yang berkongsi tindakan yang diambil oleh sekolah anak mereka sebaik mengetahui pihak kantin menyediakan makanan tidak berkhasiat kepada pelajar.
“Silap sekolah silap PIBG tak pantau kantin jual apa. Rasanya dah ada pekeliling dari kementerian tak boleh jual makanan proses semua ni”

“Kalau tengok Jepun makanan dia beratus kali ganda bagus”

“Setiap sekolah ada Jawatan Kuasa Kantin yang diketuai oleh Pengetua atau Guru Besar sekolah tersebut dan ada guru kantin.”

“Sekolah mana ni? Bukan dah ada pekeliling larang penjualan makanan macam ni ke? Patut lah budak sekrang ketot-ketot. Kecil-kecil suap nuget dan kentang goreng.”

“Kenapa makanan budak je kena karbohidrat kosong pastu wajib ada hotdog dan nuget? Makanan kana-kanak dekat mana-mana restoran pun sama. Adakah awak rasa menjadi kanak-kanak sebagai satu bahan lawak?

“Budak sekarang kebanyakan kecil dan terbantut. Bukan sebab genetik je. Pemakanan dan nutrisi tu paling penting. Sedih betul aku tengok budak sekolah sekarang ni macam tak cukup makan je”

“Aku masuk satu sekolah, sekolah yang ramai pelajar b40. Aku kagum Guru Besar (GB) dia. GB dia kata, bila dia masuk sekolah, dia terus laksanakan untuk buang semua makanan tak berkhasiat (dari dijual). Kan ada tender, dia masukkan benda-benda (syarat) ni, kalau nak ada kerja, pastikan ikut guideline”


