Kantin Sekolah Mesti Dibuka Sepanjang Ramadan  – Fadhlina

11 Mar 2024 • 12:02 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kantin Sekolah Mesti Dibuka Sepanjang Ramadan – Fadhlina

KUALA LANGAT — Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek hari ini memaklumkan kantin di semua sekolah kekal beroperasi seperti biasa sepanjang bulan Ramadan, lapor Sinar Harian.

Menurutnya, perkara itu dilakukan untuk memberikan kemudahan terhadap pelajar bukan beragama Islam mendapatkan makanan ketika waktu rehat.

Jelasnya, prosedur ini penting dalam menimbulkan sifat saling menghormati antara satu sama lain termasuk memahamkan pelajar berkenaan mengenai ibadah yang dijalani murid beragama Islam.

“Saya ulangi, kantin mesti dibuka serta ada pendidikan berkaitan kesedaran dan hormat antara satu sama lain, khusus sekolah yang mempunyai murid bukan beragama Islam.

“Ramai guru mempunyai pengalaman untuk menguruskan sebarang isu jadi proses pendidikan untuk memahamkan dan menghormati sangat penting ketika Ramadan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian sewaktu sidang akhbar selepas melawat Sekolah Kebangsaan Saujana Putra sempena pembukaan sesi akademik 2014/2025 di sini, pada Isnin.

Dalam pada itu, suasana kondusif dan selesa sewaktu semua murid menjalani proses pembelajaran akan dipastikan oleh KPM walaupun bilangan kemasukan ke sekolah meningkat di seluruh negara.

Sehubungan itu, Fadhlina memberitahu, pihaknya bakal memastikan tiada kesesakan yang keterlaluan berlaku di sekolah yang dikenalpasti.

“Kemasukan murid darjah satu tinggi dan ini menunjukkan komitmen KPM untuk memastikan anak-anak berada dalam sekolah, tercapai.

“Cuma kita nak kena selaraskan dari segi kepadatan, barangkali menyusun semula dan tugas itu akan dilakukan PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) dan JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) untuk memastikan tiada kesesakan keterlaluan di sekolah,” katanya lagi.

Sumber: Sinar Harian

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved