Kantoi Beronani Di Tempat Awam, Lelaki Ditahan Polis

22 Sep 2023 • 10:20 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Sebelum ini, tular video di media sosial memaparkan aksi tidak senonoh seorang lelaki apabila beronani di atas motosikal.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku di kawasan awam di sekitar Taman Delima, Kluang pada 17 September lalu.

Ekoran tindakan penunggang motosikal itu, suspek berusia 21 tahun yang merupakan warga tempatan kemudian ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Kluang, Johor di Taman Intan sekitar jam 1.30 petang, 20 September.

Menurut Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, pihaknya telah mengesan satu video tular berdurasi 34 saat di mana kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi melibatkan seorang lelaki.

Suspek tiada rekod jenayah dan ujian air kencing negatif

Hasil siasatan dilakukan mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau dan saringan ujian air kencing adalah negatif.

“Polis telah melakukan Ops Cantas iaitu menangkap suspek yang melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam,” jelasnya, lapor BuletinTV3.

image is not available

Kes disiasati mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan

Kes kemudian disiassat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun.

Polis dalam masa sama turut meminta orang awam yang mempunyai sebarang maklumat untuk tampil ke balai polis atau menghubungi IPD Kluang di talian: 07 7784 222 atau 07 7766 822.

image is not available

Via: