Kantoi ceroboh reban ayam

18 Jan 2024 • 1:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota APM Pasir Mas mengambil masa selama 20 minit untuk mengeluarkan reptilia terbabit dari reban tersebut.

image is not available
Kehadiran ular sawa batik sepanjang empat meter itu disedari oleh wanita berusia 34 tahun semasa mahu ke reban ayam pada jam 8 pagi. Gambar kanan: Seekor ular sawa seberat 100 kilogram (kg) kantoi menceroboh reban ayam apabila reptilia itu ditemukan dalam keadaan kekenyangan oleh seorang wanita di Kampung Kubang Chenok di Pasir Mas pada Khamis.

PASIR MAS - Seekor ular sawa seberat 100 kilogram (kg) 'kantoi' menceroboh reban ayam apabila reptilia itu ditemukan dalam keadaan kekenyangan oleh seorang wanita di Kampung Kubang Chenok dekat sini pada Khamis.

Kehadiran ular sawa batik sepanjang empat meter itu disedari wanita berusia 34 tahun ketika mahu ke reban ayam pada jam 8 pagi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pasir Mas, Kapten (PA) Mohd Arif Mohd Zain berkata, pihaknya mengambil masa selama 20 minit untuk mengeluarkan reptilia terbabit dari reban tersebut.

Menurut beliau, pihaknya mendapati ular sawa tersebut telah membaham dua ekor ayam milik wanita berkenaan.

**media[2503722]**

"Seramai lima anggota dari Skuad Bravo telah bertungkus lumus memastikan ular sawa terbabit berjaya ditangkap.

"Alhamdulillah dengan kecekapan anggota, kami berjaya menangkap reptilia tersebut dan mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku," katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, Mohd Arif menasihatkan orang ramai agar memastikan persekitaran rumah tidak terdedah kepada haiwan berbisa.

Ujarnya, jika ia ditemui di kediaman elak mengambil tindakan sendiri dan segera hubungi anggota keselamatan.