“Kantoi Dengan Isteri Pertama” – Kali Terakhir ‘Contact’ Bulan April, Calon PRN Terengganu Gantung Isteri Kedua Tak Bertali?

31 Jul 2023 • 12:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang wanita mendedahkan bahawa dia telah digantung tak bertali oleh suaminya yang merupakan calon di Dewan Undangan Negeri untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) di Terengganu.

Kata Ezza Suria Muda, 38, telah muncul desas desus mengatakan dirinya telah diceraikan namun sehingga kini tuan empunya badan tidak menerima sebarang dokumen perceraian itu.

image is not available

Suaminya berusia lewat 40-an dan merupakan penyandang kerusi DUN itu didakwa mendiamkan diri selepas kantoi merahsiakan perkahwinan mereka di negara jiran.

Rahsia itu diketahui isteri pertama lelaki terbabit pada Oktober tahun lalu dan sehingga kini Ezza tidak mengetahui statusnya kerana sering mengelak apabila diajak untuk berbincang.

Selepas kantoi, dia (suami) berjanji memujuk isteri pertamanya untuk menyelesaikan perkara berkenaan dengan cara baik, namun sebaliknya pula yang berlaku.”

image is not available

Sumber : siti  

Dakwanya, mereka berkahwin di Thailand pada Mac 2022 dan kali terakhir mereka berhubung adalah pada April lepas di Whatsapp di mana ketika itu suaminya memintanya untuk bersabar.

Ezza bagaimanapun menafikan bahawa pendedahan ini adalah untuk menjatuhkan karier ahli politik tersebut tetapi kerana sudah lama berusaha dan tiada penyelesaian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 7 days ago

Wujudkan 'Menu Rahmah', Ini Antara Kerjaya Politik Allahyarham Salahuddin Ayub