Kantoi Dirakam CCTV, Wanita Bertindak Potong Hos Bomba – ” Bukan Satu Tapi Empat”

LocalPolitics
24 Jul 2025 • 1:47 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Wanita potong hos bomba

Tindakan dua individu tidak bertanggungjawab dipercayai membuat khianat dengan memotong hos bomba di sebuah kawasan kejiranan di Semenyih menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk setempat.

Wanita potong hos bomba

Menerusi perkongsian di TikTok @Norfatimahjamal, seorang penduduk di kawasan kejiranan itu berkongsi satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memperlihatkan seorang wanita memotong kepala hos bomba tersebut setelah berjaya mengaburi kawalan pengawal keselamatan.

@norfatimahjamal

Bukan satu, bukan dua… Tapi 4 level hos bomba dia potong ” Tengah siang pun orang berani naik rumah Kejadian ni berlaku dekat Semenyih. Mereka datang berdua, sorang tarik perhatian guard sorang lagi pura hantar barang padahal tengah potong hos bomba. Lepas tu tukar peranan, distract guard yang sorang lagi pula. Nasib baik ada CCTV rumah kalau tak mati2 ingat budak2 yang main , memang tak perasan langsung. Bayangkan kalau ada kecemasan masa tu… Sila hati-hati, jiran semua. Ini bukan cubaan. Ini betul-betul. #semenyih #apartment #cctv #curihosbomba

♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

“Bukan satu, bukan dua tapi dah empat tingkat hos bomba dia potong.

“Tengah siang pun orang berani naik rumah. Kejadian berlaku dekat Semenyih. Mereka datang berdua, sorang tarik perhatian guard sorang lagi pura hantar barang padahal tengah potong hos bomba.

“Lepas tu tukar peranan, distract guard yang sorang lagi pula. Nasib baik ada CCTV rumah kalau tak mati-mati ingat budak-budak yang main, memang tak perasan langsung.

“Bayangkan kalau ada kecemasan masa tu. Sila hati-hati, jiran semua, ini bukan cubaan, ini betul-betul,” kata Fatimah di TikTok, semalam.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen warganet mendakwa perbuatan khianat itu dilakukan oleh warga asing dan buntu apakah motif sebenar wanita tersebut bertindak sedemikian.

Malah ada juga wargamaya yang meluahkan rasa bimbang kerana perkara tersebut boleh mengancam keselamatan warga dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya berhubung kejadian yang telah tular itu.

Tak kisah nyawa orang lain

image is not available

Ni mesti orang luar

image is not available

Buat laporan polis!

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 432,000 tontonan dan telah meraih lebih 8,700 tanda suka.

Sumber: TikTok norfatimahjamal