Kantoi Hisap ‘Vape’ Dalam Kelas, Bapa Kecewa Pelajar Alami Pendarahan Mata Didakwa Akibat Dirotan Guru

15 Sep 2023 • 12:13 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang bapa kecewa apabila anaknya yang merupakan pelajar tingkatan lima mengalami pendarahan pada mata kanan didakwa akibat dirotan guru di sebuah sekolah menengah di Sungai Ara, Bayan Lepas.

Tindakan itu didakwa dilakukan selepas anak lelakinya ditangkap menghisap rokok elektronik di dalam kelas ketika guru itu sedang mengajar subjek Sains, kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Kata Mazni Mohamad, 47, anaknya kemudian dibawa kepada seorang ustaz yang dikatakan pembantu guru disiplin dan telah disoal siasat sebelum guru itu menuduhnya menipu dan terus merotan.

image is not available

Rotan itu terkena pada bahagian mata kanan sekaligus menyebabkan remaja terbabit mengalami pendarahan lalu dibawa ke klinik dan Hosital Balik Pulau untuk rawatan.

Saya tahu dia buas tapi janganlah hukum dia sampai macam tu sekali. Kalau ditakdirkan buta anak saya ni, siapa yang nak bertanggungjawab atas kejadian ini?

Bagaimanapun, kerana tiada pakar mata di Hospital Balik Pulau, pelajar itu terpaksa dirujuk ke Hospital Pulau Pinang dan kini dilaporkan stabil serta perlu dipantau selama 5 hari untuk ketahui rawatan selanjutnya.

Difahamkan, Mazni telah membuat satu laporan polis berhubung kejadian yang menimpa anaknya dan dia serta isteri akan berjumpa dengan pihak sekolah untuk maklumat lanjut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 month ago

Guru Buta Mata Kanan Akibat Dilastik Bapa Pelajar, Mengamuk Anaknya Ditegur Hisap Rokok