Kantoi Lakukan Hubungan Intim Di Masjid, 4 Remaja Bawah Umur Dicekup

19 Aug 2023 • 11:01 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Keempat-empat remaja tersebut telah mengaku bersalah.

Kantoi Lakukan Hubungan Intim Di Masjid, 4 Remaja Bawah Umur Dicekup. Dilaporkan, 4 remaja serta seorang pemuda ditahan pihak berkuasa kerana melakukan hubungan intim di sebuah masjid di Daerah Tulungagung, wilayah Jawa Timur, semalam.

Perbuatan keji tersebut kantoi apabila seorang penduduk tempatan menjadi saksi di tempat kejadian, Tri Agus Triono yang menaiki motosikal berhenti menyoal lima individu tersebut yang sedang duduk di bangku masjid pada jam 2.30 pagi (waktu tempatan).

image is not available
Kantoi Lakukan Hubungan Intim Di Masjid, 4 Remaja Bawah Umur Dicekup

Dua gadis bawah umur dicekup merupakan adik beradik

Kesemua ditahan termasuk 2 gadis bawah umur yang merupakan adik beradik, dua lelaki bawah umur dan seorang lagi pemuda yang berusia 24 tahun.

Menurut saksi di tempat kejadian, kedua-dua adik beradik tersebut telah mengaku melakukan hubungan seks dengan dua remaja lelaku berkenaan di masjid menyebabkan dia terus membuat laporan polis.

image is not available

4 remaja mengaku bersalah

Tri berkata bahawa dia sedar berlakunya persetubuhan di bawah umur lalu segera menghubungi polis.

Pihak berkuasa kemudiannya tiba ke lokasi kejadian dan menahan kelima-lima suspek denfan empat daripada mereka mengaku melakukan perbuatan keji tersebut.

Lagi artikel terkini untuk anda di sini: