Kantoi Palsukan Invois Berjumlah 19K, Dua Pegawai Polis Sarawak Direman

17 Jan 2023 • 3:43 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Padah buat tuntutan palsu

Kantoi Palsukan Invois Berjumlah 19K, Dua Pegawai Polis Sarawak Direman. Dua pegawai polis ditahan reman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes membuat tuntutan palsu, empat tahun lalu.

image is not available
Kantoi Palsukan Invois Berjumlah 19K, Dua Pegawai Polis Sarawak Direman. Sumber: The Borneo Post

Majistret Siti Farah Ibrahim mengeluarkan perintah reman sehingga 20 Januari ini selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) membuat permohonan berkenaan di Mahkamah Majistret Kuching, hari ini.

Berpangkat Deputi Superintendan dan Inspektor

Dua pegawai terbabit yang berpangkat Deputi Superintendan dan Inspektor, kedua-duanya berusia 49 tahun ditahan di Ibu Pejabat SPRM Sarawak di Kuching pada jam 3.15 petang, semalam.

Seorang lagi lelaki yang bertugas sebagai pengurus syarikat turut ditahan di Sibu ada jam 3.30 petang semalam, berkait kes yang sama.

image is not available

Difahamkan Mahkamah Majistret Sibu hari ini memerintahkan suspek berusia 39 tahun itu direman dua hari, mulai hari ini.

Menurut sumber SPRM, pengurus syarikat itu ditahan kerana disyaki bersubahat dengan dua pegawai terbabit yang ketika itu bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Julau dalam Bahagian Sarikei mengemukakan tuntutan palsu pada tahun 2019.

Kesalahan memalsukan invois berjumlah RM 19,980

Beliau berkata, dua pegawai terbabit mengemukakan dan menggunakan dokumen invois serta pesanan kerajaan yang mengandungi butiran palsu berjumlah RM19,980.

Tuntutan itu adalah baki kerja-kerja perkhidmatan dan pembaikan bangunan di IPD Julau sedangkan kerja-kerja itu sebenarnya tidak dilaksanakan.

Siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Baca lagi artikel terkini: