
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga
Kantoi Seludup Diesel Di Sarawak, KPDN Berjaya Tumpas Lebih RM10.06 Juta Barang Subsidi. Penyelewengan barangan subsidi bernilai lebih dari RM10.06 juta berjaya disekat oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Menurut Pengarah KPDN Sarawak, Matthew Dominic Barin, beliau menjelaskan bahawa tindakan tersebut melibatkan 167 kes yang telah disiasat berdasarkan Akta Kawalan Bekalan 1961 dalam jangka masa lapan bulan terakhir.

Suspek dikesan mengisi minyak untuk diseleweng di sebuah stesen minyak di Sarawak
Menurut laporan, seorang lelaki berusia 28 tahun berjaya ditahan dan dikesan bahawa suspek mengisi minyak di salah sebuah stesen minyak di Sarawak untuk diseleweng.
Difahamkan juga jumlah keseluruhan nilai barang yang dirampas mencapai berjumlah RM10,069,143.27. Selain itu, jumlah kompaun yang dikenakan berjumlah RM574,500
Pemeriksaan yang dijalankan terhadap van yang digunakan oleh suspek menemui 900 liter diesel, yang dianggarkan bernilai RM1,935. Selain itu, terdapat juga tangki plastik berkapasiti 1,000 liter serta pam elektrik dan hos.

Denda boleh mencapai hingga RM3 juta atau hukuman penjara maksimum lima tahun
Kes tersebut kini diselidik mengikut Seksyen 20(1), Akta Kawalan Bekalan 1961. Individu yang disabitkan bersalah atas kesalahan pertama boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta atau hukuman penjara maksimum tiga tahun, atau kedua-duanya sekaligus.
Bagi kesalahan seterusnya, denda boleh mencapai hingga RM3 juta atau hukuman penjara maksimum lima tahun, atau kombinasi kedua-duanya.

Jika anda mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyelewengan supaya menyalurkannya ke platform aduan KPDN termasuk WhatsApp 019-279 4317/ 019-848 8000 atau portal e-Aduan.
