Kantoi ‘Shopping’ Di Tempat Murah, Amber Heard Dah ‘Broke’ Lepas Kalah Kes Saman?

Entertainment
22 Jun 2022 • 3:42 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selepas kalah dalam kes saman fitnah dengan bekas suami iaitu Johnny Depp, pelakon Hollywood, Amber Heard telah diarahkan untuk membayar ganti rugi kepada Depp.

Susulan itu, Amber Heard kini kelihatan seperti sedang ‘broke‘ kerana berhutang dengan Johnny Depp sebanyank $8.4 juta sebagai ganti rugi.

Menurut laporan Baystpost, pelakon filem Aquaman itu dilihat membeli-belah di kedai serbaneka diskaun TJ Maxx di Hamptons.

image is not available

Amber dilihat bersama kakaknya, Whitney Henriquez membeli-belah di TJ Maxx yang merupakan sebuah kedai pakaian yang menawarkan diskaun dan menjual barangan dengan harga yang berpatutan.

Malah, aktres berusia 36 tahun itu telah bangkrut kerana bayaran guaman yang tinggi yang dikaitkan dengan perbicaraan dia dan Depp.

Sebelum ini, peguamnya, Elaine Bredehoft ditanya sama ada aktres itu mempunyai wang yang cukup untuk membayar penghakiman yang dijatuhkan oleh juri.

Oh tidak, sama sekali tidak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 hari lalu

"Saya Masih Sayangkan Dia"- Amber Heard Akui Masih Cintakan Johnny Depp